WHOA: RM 50 000 lesap dari akaun Lisa Surihani

    Author: Unknown Genre: »
    Rating



    Sebelum ini kecoh pengurus kepada penyanyi, Alyah, telah melarikan diri dengan wang sebanyak RM40,000. Tiba-tiba kecoh pulak berita terbaru dari pelakon dan model cantik, Lisa Surihani yang turut menerima nasib malang yang sama tetapi kali ini kad ATM beliau telah diguna pakai oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
    Menurut ibu kandung Lisa, Siti Amira Ahmad, beliau menyedari kehilangan wang ketika ingin mengeluarkan wang pada pagi Jumaat yang lalu dan mendapati baki akaun bank tersebut berkurangan dengan jumlah yang banyak.
    Menyedari perkara tersebut, Lisa dan ibunya telah merujuk kepada pihak bank dan mereka memaklumkan bahawa kad ATM Lisa sudah tidak boleh digunakan dan diganti dengan kad ATM yang baru oleh individu lain.
    Perkara tersebut telah pun disiasat oleh pihak polis dan masih menunggu jawapan dari mereka. Lisa juga tidak mahu memperkatakan tentang apa yang telah terjadi kerana mahu ianya dapat diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

    Leave a Reply