INFO: Dato' Siti berehat dari dunia seni demi suami

    Author: Unknown Genre: »
    Rating



    Sedia maklum baru-baru ini Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali Dato’  K telah mengalami kemalangan yang serius ketika bercuti di New Zealand. Akibat dari kemalangan tersebut, Dato’ K telah terlantar sakit dan kini telah pun pulang ke Malaysia.
    Oleh itu, demi menjaga suami tercinta, Dato’ Siti Nurhaliza telah mengambil keputusan untuk berehat seketika dari sebarang aktiviti seni sehingga bulan Mac.
    Menurut Dato’ Siti Nurhaliza, suaminya itu perlu menjalani sesi rawatan fisioterapi dan beberapa rawatan susulan lain bagi memastikan kesihatan Dato’ K tidak terganggu akibat dari kemalangan tersebut.
    Dato’ K dikatakan telah pun kembali pulih dari kecederaan dan banyak perkembangan positif yang dapat dilihat selepas  menjalani rawatan susulan di tanahair. Doktor juga memaklumkan kesihatan Dato’ K perlu dijaga dengan rapi selain mengambil masa yang agak panjang untuk kembali sihat seperti seperti biasa.
    Penyanyi kesayangan ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak prihatin dan mendoakan supaya Dato’ K cepat sembuh selepas mengetahui tentang berita kemalangan yang dialami. Beliau turut bersyukur kerana Dato’ K dilihat sudah mula kembali pulih seperti yang diharapkan oleh doktor dan diharapkan sudah mula sembuh secepat yang mungkin.
    Apa pun, syabas kepada Dato’ Siti Nurhaliza yang sanggup berkorbanan demi suami tercinta demi memastikan Dato’ K cepat pulih seperti sedia kala.

    Leave a Reply