WTF: Penapis rokok ADA darah BABI???

    Author: crazyman Genre: »
    Rating


    AWAS!!!AWAS!!!AWAS!!!



    Betolke penapis rokok ada darah babi???





    Betolke penapis rokok ada darah babi???

    Penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma telah mengeluarkan fakta bahawa hemoglobin atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok.Fakta ini telah disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Simon Chapman.

    Menurut News.cnet.com, oleh kerana ingin meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi, Prof Chapman telah mengatakan bahawa industri rokok tidak akan mendedahkan bahan yang digunakan untuk membuat rokok. Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut.

    Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama rokok yang dijual di Greece telah dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya, tanpa diketahui para pengguna. Malangnya, tidak disebutkan jenama rokok tersebut.

    Rokok yang mengandungi darah babi ini ditemui pada rokok yang menggunakan penapis saja. Darah babi digunakan untuk membuat filter lebih berkesan menangkap kimia berbahaya sebelum asap masuk ke kerongkong. Jadi kesimpulannya adalah penemuan tersebut jelas tidak berlaku untuk rokok yang tidak menggunakan penapis.

    Jadi, adakah anda sedang fikir rokok yang sedang anda hisap tak halal ke???

    Fikir2 meh….


    Leave a Reply