WOW: Liyana Jasmay tolak semua tajaan perkahwinan

    Author: Unknown Genre: »
    Rating


    Trend perkahwinan ditaja sudah menjadi ikutan sejak akhir-akhir ini. Ada baik dan ada buruknya apabila sesebuah perkahwinan ditaja oleh pihak-pihak tertentu. Ramai dikalangan selebriti terkenal tanahair telah ditaja perkahwinan mereka dan tidak terlepas juga oleh pelakon, penyanyi dan model terkenal tanahair iaitu Liyana Jasmay.
    Selepas semua tertumpu dengan resepsi perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha, kini mata tertumpu pula dengan pernikahan Liyana Jasmay dan suaminya, Fathuddin Mazlan yang bakal diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 2 Februari ini. Pada sebelah malam ini pula bakal berlangsung resepsi perkahwinan mereka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
    Bercakap mengenai perkahwinan beliau,  Liyana secara jujurnya menolak sebarang tajaan dari pelbagai pihak untuk perkahwinan beliau kerana ingin melakukannya dengan sendiri. Tajaan dari segi pelamin, dekorasi, fotografi dan sebagainya terpaksa ditolak kerana Liyana dan keluarga lebih selesa ianya dirancang dan dijalankan oleh ahli keluarga mereka sendiri.
    Walaupun secara jujurnya mengakui kos perkahwinan beliau dan suami agak tinggi, namun ianya lebih selesa jika keluarga kedua-dua belah pihak yang membiayai untuk perkahwinan Liyana dan suami tercinta.
    Sementara itu, Liyana juga mendedahkan beliau akan terus berpindah ke negeri Sabah selepas perkahwinan mereka kerana ingin mengikut suami yang menjalanikan perniagaan disana. Gadis kelahiran Kuala Lumpur ini juga tidak menolak kemungkinan akan menerima cahayamata secepat kerana sememangnya sangat sukakan kanak-kanak.

    Leave a Reply