OMG : KELANTAN & TERENGGANU BANJIR SERIOUS!!!

    Author: crazyman Genre: »
    Rating


    Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang semalam apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi Khamis

    Di Terengganu, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 5 petang ini meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pagi Khamis

    Menurut portal banjir negeri, sebanyak lima pusat pemindahan baharu dibuka petang Khamis menjadikan keseluruhan 76 pusat pemindahan telah dibuka di negeriitu
    Di Kemaman jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan petang ini ialahseramai 9,601, Dungun (4,026) , Kuala Terengganu (935), Setiu (185), HuluTerengganu (104), Besut (31) dan Marang (12)

    Di Kelantan, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusatpemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutuptengah hari Khamis
    Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah yang ditempatkan di 28 buahpusat pemindahan di empat jajahan ketika ini adalah seramai 7,000 orangberbanding 6,757 orang pada sebelah pagi Khamis













    Marilah kita sama-sama berdoa kepada mangsa supaya sentiasa berkeadaan selamat!!!
    Jangan terlupa mangsa yg dah visit heaven juga... 


    Leave a Reply