Di Tactic, Guetamala dua orang pemuda dibelasah penduduk tempatan
kerana dituduh mencuri. Di Guetamala penduduk tempatan tidak mempercayai
pihak polis dan juga sistem kehakiman. Oleh sebab itulah kalau anda
ditangkap oleh rakyat tempatan kerana mencuri anda akan kena lauk
cukup-cukup sebelum dihantar ke pihak polis.
Dua orang pemuda ini masih boleh dikira bernasib baik kerana mereka
tidak dibunuh. Pada minggu yang lalu seorang lelaki yang membunuh dua
orang kanak-kanak sekolah dibelasah dan ditikam sebelum dibakar
hidup-hidup.
Sekarang dah semakin mengunakan kekerasan untuk menyalurkan ketidakpuashati rakyat terhadap pesalah seperti perompak, pencuri , perogol dan sebagainya.
Ini kerana rakyat semakin tidak mempercayai keadilan undang2 atau sebaliknya?
Fikir2 kan lah^^